Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

261  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1962.
Dari Aisyah r.a. ibu orang-orang beriman (isteri Nabi) bahawa Rasulullah saw. mengatakan, ketika beliau sedang sakit: "Suruhlah Abu Bakar solat menjadi Imam bagi orang banyak!" Aisyah menjawab: "Sesungguhnya Abu Bakar apabila dia berdiri di tempat engkau (menjadi Imam), nescaya tidak akan kedengaran suaranya oleh orang banyak kerana tangisnya. Sebab itu suruhlah Umar solat (menjadi Imam)." Beliau berkata sekali lagi: "Suruhlah Abu Bakar supaya solat menjadi Imam bagi orang banyak!" 'Aisyah mengatakan kepada Hafshah, supaya menyampaikan (kepada Nabi): "Bahawa Abu Bakar apabila berdiri di tempat engkau jadi Imam), nescaya tidak akan kedengaran suaranya oleh orang banyak, kerana tangisnya. Sebab itu suruhlah Umar, supaya solat menjadi Imam bagi orang banyak!" Lalu Hafshah melaksanakan anjuran Aisyah. Mendengar itu Rasulullah saw. berkata: "Sesungguhnya kamu serupa dengan perempuan-perempuan (yang menggoda) Yusuf! Suruh Abu Bakar, supaya dia solat menjadi Imam bagi orang banyak!" Hafshah berkata kepada 'Aisyah: "Saya tidak mendapat kebaikan kerana mengikuti anjuran engkau."

262  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 2006.
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Saya bermalam di rumah Maimunah (isteri Nabi) pada suatu malam. ketika Nabi saw. ada di situ kerana saya hendak memperhatikan bagaimana solat beliau di waktu malam. Beliau bercakap-cakap dengan isterinya barang sesaat, kemudian itu beliau tidur. Setelah sampai sepertiga yang terakhir dari malam hari atau seperti dua, beliau duduk dan memandang ke langit, lalu membaca: "Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi.." sampai kepada "untuk orang berakal." Kemudian itu beliau berdiri dan berwuduk serta membersihkan gigi, lalu solat sebelas rakaat. Sesudah itu, bilal azan untuk solat Subuh, lalu Nabi solat dua rakaat lagi dan keluar dari rumahnya dan solat Subuh menjadi imam bagi orang banyak.

263  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0023.
Hannad menceritakan kepada kami, Abdah bin Sulaiman menceritakan kepada kami dan Muhammad bin Ishaq dari Muhammad bin Ibrahim dari Abu Salamah dari Zaid bin Khalid Al Juhani berkata: "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Seandainya tidak kerana aku menyulitkan ummat ku nescaya aku memerintahkan mereka untuk siwak (bersugi) pada setiap solat dan saya akhirkan solat isyak sampai sepertinya malam". Ia berkata: Zaid bin Khalid selalu menyaksikan (menghadiri) solat-solat di masjid sedangkan suginya di atas telinga seperti tempat pena dari telingan penulis (Kalau di Indonesia biasanya tukang kayu meletakkan pensil di atas telinga: pent.) dimana ia tidak berdiri untuk solat kecuali ia bersugi kemudian ia mengembalikannya ke tempatnya. Abu Isa berkata: "Ini adalah hadis hasan sahih.

264  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0385.
Berita dari 'Aisyah, Ummul Mukminin r.a. menceritakan, bahawa ketika Rasulullah saw. sakit keras, beliau bersabda: "Suruhlah Abu Bakar menjadi imam solat dengan orang banyak." Saya berkata kepada beliau, "Jika Abu Bakar yang menggantikan Tuan jadi imam, orang banyak tidak akan mendengar suaranya kerana ia penangis. kerana itu suruhlah Umar yang menjadi imam solat orang banyak." Aisyah menambahkan, "Perkataanku itu ku sampaikan pula kepada Hafsah. Bahawa apabila Abu Bakar yang menggantikan Nabi menjadi imam solat, suaranya tidak akan terdengar oleh orang banyak kerana dia penangis. kerana itu suruhlah Umar yang menjadi imam solat bagi orang banyak. Hafsah melakukan apa yang kukatakan kepadanya itu. Maka jawab Rasullullah saw., "Tidak! . Kamu adalah teman-temannya Yusuf. Suruhlah Abu Bakar yang menjadi imam solat orang banyak." Maka berkata Hafsah kepada 'Aisyah, "Aku tidak lebih beruntung daripada kamu. "

265  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0527.
'Aisyah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. solat sebelas rakaat. Begitulah solat beliau tengah malam. Beliau sujud; lama satu sujud beliau kira-kira selama kamu membaca lima puluh ayat sebelum beliau mengangkat kepalanya kembali. Beliau juga melakukan solat sunat dua rakaat (sunat Fajar) sebelum solat Subuh. Kemudian beliau berbaring ke kanan, menunggu pemberitahuan untuk solat Subuh."

266  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0343.
Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Waki' memberitahukan kepada kami, Asy-ats bin Said As Saman memberitahukan kepada kami, dari Ashim bin Ubaidillah dari Abdillah bin Amir dari Rabiah dari ayahnya dia berkata: "Kami beserta Rasulullah saw dalam perjalanan pada malam yang gelap gelita lalu kami tidak mengerti dimana arah qiblat kemudian setiap orang dari kami melakukan solat menurut upayanya. Kemudian ketika kami pagi-pagi kami sampaikan hal itu kepada Rasulullah saw lalui turun ayat: (Maka kemanapun kamu menghadap di situlah Wajah Allah). Al-Baqarah:115. Abu Isa berkata: "Hadis ini adalah sanadnya tidak kuat, kami tidak mengetahuinya selain dari hadis Asy-ats As Saman. Asy-ats bin Said dari Rabi' As Saman dianggap lemah dalam meriwayatkan hadis." Kebanyakkan para ahli ilmu berpegangan dengan hadis ini, mereka berkata: "Apabila seorang melakukan solat di waktu berawan menghadap qiblat kemudian jelas baginya setelah selesai melakukan solat bahawa dia solat dengan menghadap selain qiblat maka sesunguhnya solatnya sah". Dan pendapat ini diikuti oleh Sufyan Ats Tsauri, Ibnu Mubarak, Ahmad dan Ishaq.

267  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1943.
Dari Barra' r.a. katanya: Setelah Rasulullah saw. sampai di Madinah. beliau solat menghadap ke arah Baitul Maqdis selama enam belas atau tujuh belas bulan. Beliau ingin supaya diperintahkan menghadap ke Kaabah. Maka diturunkan oleh Allah ayat: "Sesungguhnya telah Kami lihat tengadah muka engkau ke langit (mendoa). Sebab itu Kami palingkan muka engkau mengadap kiblat yang engkau sukai. Beliau diperintahkan mengadap ke arah Kaabah. Ada seorang laki-laki solat Asar bersama dengan Nabi saw., kemudian itu dia pergi , dan bertemu dengan satu kumpulan kaum Ansar. Lalu dia mengatakan, bahawa dia hadir solat bersama Nabi saw. dan beliau telah diperintahkan menghadap ke arah Kaabah. Lalu orang yang sedang solat itu berputar ketika sedang rukuk dalam solat Asar.

268  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0374.
Hanad menceritakan kepada kami, Qabishah memberitahukan kepada kami dari Hammad bin Salamah dari Qatadah dari Ibnu Sirin dari Shafiyyah binti Al-Harits dari Aisyah berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Tidak diterima solat wanita yang telah baligh kecuali dengan memakai kerudung". Dalam bab ini terdapat hadis dari Abdillah bin Ibnu Amr Abu Isa berkata: "Hadis Aisyah adalah hasan". Berdasarkan hadis ini menurut para ahli ilmu bahawa seorang wanita yang telah baligh lalu melakukan solat dan sedikit dari rambutnya terbuka maka tidak sah solatnya dan ini adalah pendapat Asy Syafi'i dia berkata: "Tidak sah solat seorang wanita dan sedikit dari rambutnya terbuka". Asy Syafi'i berkata: "Benar-benar dikatakan kalau nampak kedua tapak kakinya dalam keadaan terbuka maka solatnya sah."

269  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4256.
aksudnya :"Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami dari Mis'ar dari 'Ashim bin Abi Najud dari Zirrin bin Hubaisy, ia berkata :"Saya berkata kepada Hudzaifah, bin Yaman, Apakah Rasulullah solat di Baitul Maqdis ? Hudzaifah berkata :"Tidak". Saya berkata :"Ya" Hudzaifah berkata :"Kamu berkata begitu hai botak". Dari mana kamu berkata begitu ?" Saya berkata :"Dari Al Quran, antara saya dan kamu". Ada Al Quran. Hudzaifah berkata : Barangsiapa berhujjah dengan Al Quran, maka ia menang. Sufyan berkata : Yang dimaksud Hudzaifah; Ia telah mengemukakan hujjah yang benar, atau mungkin yang dimaksud ia telah mencapai tujuan. Zirrin bin Hubaisyi berkata :(Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha). Hudzaifah berkata :"Apakah (dalam ayat ini) jelas menunjukkan Nabi solat di dalamnya ?" Saya menjawab :"Tidak" Hudzaifah berkata :"Jikalau Nabi solat di dalamnya, pasti ditulis untukmu bahawa beliau solat di dalamnya, seperti halnya ditulis beliau solat di Masjidil Haram". Hudzaifah berkata :"Rasulullah SAW. didatangi haiwan yang panjang punggungnya memanjang seperti ini (Hudzaifah sambil membentangkan tangannya) langkahnya adalah sejauh mata memandang, maka keduanya tiada pisah dari punggung Buraq, sampai keduanya (Nabi dan Jibril) melihat syurga, neraka dan janji janji di akhirat nanti semuanya, kemudian keduanya terus kembali seperti semulanya". Ibnu Abbas berkata: "Beberapa orang membicarakan bahawasanya Jibril menambatkan Buraq supaya ia tidak lari darinya !, sesungguhnya Zat yang mengetahui alam ghaib dan alam nampaklah yang telah menundukkannya". Hadis ini hasan sahih.

270  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0250.
Mahmud bin Rabi' Al Anshari r.a. menceritakan, "Bahawa 'Itban bin Malik adalah salah seorang sahabat Rasulullah saw. dari golongan Ansar yang ikut berperang dalam peperangan Badar. Dia datang kepada Rasulullah saw. dan berkata, "Ya, Rasulullah! Penglihatanku sudah lemah. Sedangkan aku solat menjadi imam bagi kaum ku. Apabila hari hujan, maka air mengalir di lembah yang terbentang antara rumahku dan mereka, sehingga aku tak dapat datang ke mesjid untuk solat bersama-sama dengan mereka. Aku ingin, ya, Rasulullah, supaya anda datang ke rumahku, kemudian anda solat di sana dan jadikanlah rumahku itu jadi mushalla. Jawab Rasulullah, "Insya Allah. aku akan datang."Kata 'Itban, "Pada suatu pagi Rasulullah datang bersama-sama dengan Abu Bakar. Ketika itu hari telah agak siang. Rasulullah minta izin hendak masuk ke rumahku, dan aku mempersilakan beliau masuk. Ketika beliau telah berada di rumahku beliau tidak duduk. Beliau bertanya, "Di sebelah mana engkau suka aku solat di rumah mu ini?" Kata 'Itban, "Aku hanya menunjuk ke suatu sudut dalam rumahku." Maka berdirilah Rasulullah saw. di tempat itu, lalu beliau takbir. Kami pun berdiri dan membuat saf di belakang beliau. Beliau solat dua rakaat kemudian memberi salam. Setelah itu kami minta beliau tinggal sebentar untuk menikmati makanan yang telah kami sediakan untuk beliau. Maka datanglah para tetangga berkumpul ke rumah itu. Di antara mereka ada yang bertanya, "Mana Malik ibnu Dukhaisyin atau Ibnu Dukhsyun?" Kata yang lain, "Si munafik itu? Dia tidak mencintai Allah dan Rasul-Nya." Sabda Rasulullah, "Janganlah berkata begitu! Bukankah anda tahu, bahawa dia telah mengucapkan La illaha Illallah, kerana menginginkan keredhaan Allah?" Jawab orang itu, "Allah dan RasulNya lah yang lebih tahu." Dan katanya pula, "Kami telah menyaksikan bagaimana pandangan dan kejujuran Nabi menghadapi orang - orang munafik. " Bersabda Rasulullah saw. : "Sesungguhnya Allah mengharamkan masuk neraka orang-orang yang mengucapkan "La Illaahaillallah" dengan niat semata-mata kerana ingin keredaan Allah."